Hina agama: Cari siapa di belakang tabir

Kamaruzaman Mohamad (empat dari kanan) ketika menyampaikan ucapan pada Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang diadakan di Dataran Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat. - Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

A
A
A

PUTRAJAYA - Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak agar pihak berkuasa mencari siapa di belakang tabir individu yang menaja, membiayai dan menyusun agenda menghina agama baru-baru ini.

Penasihat UMMAH, Kamaruzaman Mohamad berkata, ini disebabkan isu sensitif seperti ini sudah tentu tidak akan berani dipermainkan tanpa ada sokongan yang kuat di belakang mereka.

“Ini kerana mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang, saman dan sebagainya.

“Saya pasti ada pihak-pihak yang berada di belakang (mereka),” katanya kepada pemberita semasa Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Dataran Masjid Putra pada Jumaat.

Gerakan Pembela Ummah mengadakan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang diadakan di Dataran Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat. - Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.
Gerakan Pembela Ummah mengadakan Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam yang diadakan di Dataran Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Jumaat. - Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB.

Kamaruzaman mendakwa, agenda ini bukannya kecil kesannya kerana ia akan mewujudkan pertembungan antara agama dan kaum.

“Siapa yang akan mendapat manfaat daripada ketidakseimbangan serta tidak hormat-menghormati antara agama dan kaum ini.

“Mereka inilah yang sebenarnya menjadi dalang kepada agenda besar ini,” katanya.

Justeru, beliau menggesa agar perkara ini diselesaikan sehingga ke peringkat akar umbi kerana tidak mahu ia berulang kembali.

“Kita nak jaga keharmonian negara untuk jangka masa panjang,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pas pusat, Datuk Awang Hashim pula berpandangan, perkara seperti ini boleh menimbulkan huru-hara dan pergaduhan jika silap diambil perhatian.

Beliau turut menggesa agar umat Islam di negara ini meningkatkan ilmu kefahaman tentang agama Islam.

“Kita tidak boleh mengikut atau dipengaruhi mana-mana pihak.

“Kita mesti sedar setiap masa kita dikelilingi oleh mereka yang sedang menjalankan unsur-unsur untuk menghina atau memperlekehkan Islam ataupun menyerang Islam di semua sudut,” tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!