Masa Tok Mat sudah berlalu: Mohd Hatta

No Image Caption
A
A
A
SEREMBAN - Pengundi DUN Rantau perlu sedar yang era pemerintahan calon BN PRK DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan sudah pun berlalu.

Pengarah Pilihan Raya Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, rakyat akan rugi jika terus memilih Mohamad sebagai ADUN Rantau kerana bekas Menteri Besar itu bukan lagi berada dalam kerajaan.

"Tok Mat kini pembangkang dalam dewan dan kerjanya hanya membangkang saja. Saya tahulah sebab dulu saya pembangkang.

"Di Negeri Sembilan ini saya tak nampak apa lagi yang nak dibangkang. Menteri Besar, Aminuddin Harun dah lakukan yang terbaik. Jadi masa Tok Mat itu dah berlalu," katanya ketika memberi ceramah di perkarangan Bilik Gerakan Utama Bandar Ekar di sini, hari ini.

Menurutnya, cukuplah tempoh Mohamad berkhidmat sebagai ADUN Rantau selama empat penggal dan beri peluang pada orang lain.

Beliau berkata, kemenangan Mohamad pada PRU14 juga bukannya kerana adanya pertandingan, tetapi kerana Streram tidak dibenarkan daftar sebagai calon.

"Cukup-cukuplah. Tok Mat tak dapat jadi Menteri Besar lagi dan nak lantik Ketua Kampung dan Ahli Majlis pun tak dapat.

"Sebab itu saya yakin Streram dapat ambil alih tempat Tok Mat dan susun struktur Rantau dengan lebih baik kerana dia calon dari kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!