Indonesia bongkar makmal syabu, tahan seorang warga Malaysia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Badan Narkotik Nasional Indonesia membongkar sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu selepas menahan tiga individu warga tempatan, termasuk seorang warganegara Malaysia di Kepulauan Riau pada Selasa (19 Julai).

Ketua agensi itu, Inspektor General Petrus Golose berkata, warga Malaysia yang juga bekas anggota polis berpangkat koperal ditahan dalam serbuan di makmal yang beroperasi di rumah sewa di perumahan Sukajadi, Batam.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, pihaknya menemui sejumlah bahan bukti termasuk alat memproses, cecair prekusor dan syabu seberat 5.1 kilogram.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati syabu itu telah diproses di Malaysia namun siasatan lanjut akan diteruskan.

"Kalau mereka telah masuk (dan melakukan aktiviti seperti ini) kita bersama-sama harus berwaspada terhadap kegiatan-kegiatan clandestine laboratory (makmal rahsia)," kata Petrus. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!