Dua hilang, bot karam di Pekan

Bot karam berjaya dinaikkan jam 7 malam semalam. - Foto Ihsan JBPM
Bot karam berjaya dinaikkan jam 7 malam semalam. - Foto Ihsan JBPM
A
A
A

KUANTAN - Dua individu hilang dalam kejadian bot karam di Pulau Awang Mandur Pekan, di sini, petang semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kira kira jam 4.45 petang sebelum menggerakkan jentera bersama 18 anggota.

"Dimaklumkan seorang lelaki Indonesia bersama empat lelaki Cina menaiki bot fiber berenjin dari tebing sungai Pahang Pulau Jawa dan membuat rondaan sekeliling Pulau Awang Mandur Sungai Pahang.

"Semasa bot sedang bergerak penumpang di dalam bot berada di kedudukan yang tidak seimbang mengakibatkan bot terbalik.

"Tiga penumpang bersama tekong bot (lelaki Indonesia) berjaya diselamatkan orang kampung yang kebetulan sedang memancing di tebing sungai. Bagaimanapun, dua lagi penumpang bot hilang.

"Turut terlibat dalam operasi menyelamat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan penyelam PPDA Pekan, penduduk kampung serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya.

Nor Hisham berkata, dua buah bot digunakan untuk buat 'surface searching' namun selaman tidak dapat dilakukan kerana arus deras.

Menurutnya, bot yang karam dijumpai jam 7 malam tadi dan ditarik dari dasar menggunakan peralatan 'grapling iron'.

"Operasi mencari dihentikan sekitar jam 7.30 malam kerana cuaca buruk dan disambung jam 8 pagi ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, mangsa yang hilang dikenalpasti sebagai Chan Hoke Kee, 49, memakai baju biru dan seorang lagi dikenali sebagai Ah Poi, ketika kejadian berbaju kuning.

"Mangsa yang selamat Suprianto, 24, seorang buruh yang bertindak sebagai tekong bot, Fan Kek Heung, 41 dari Kepong dan Sow Ke Cheong, 44, dari Batu Caves Selangor.

"Bantuan unit Skuba Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia juga dipohon," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!