MPS sita bar beroperasi tanpa lesen

Arak pelbagai jenama yang disita MPS menerusi Operasi Lesen Hiburan yang dijalankan di Pusat Komersial Anggun City Rawang, pada Jumaat
Arak pelbagai jenama yang disita MPS menerusi Operasi Lesen Hiburan yang dijalankan di Pusat Komersial Anggun City Rawang, pada Jumaat
A
A
A

RAWANG - Sebuah bar di Pusat Komersial Anggun City di sini disita dan dikompaun RM25,000 selepas dikesan beroperasi tanpa lesen perniagaan sejak Disember tahun lalu.

Ketua Bahagian Operasi MPS, C Paramasivam berkata, pemeriksaan dijalankan menerusi Operasi Lesen Hiburan pada Jumaat mendapati pengusaha premis berkenaan gagal mengemukakan lesen perniagaan.

Menurutnya, notis peringatan selain beberapa tindakan lain diambil namun premis tersebut dikesan masih beroperasi tanpa kebenaran.

"Walaupun belum peroleh lesen, pemilik premis bersikap sambil lewa dan bertindak berani membuka operasi.

"Mereka memberikan alasan dalam proses permohonan lesen, namun semakan mendapati tiada permohonan dikemukakan setakat ini," katanya selepas mengetuai operasi berkenaan pada Jumaat.

Sitaan premis terhadap bar yang beroperasi tanpa lesen sah.
Sitaan premis terhadap bar yang beroperasi tanpa lesen sah.

Katanya, tindakan penguatkuasaan tersebut diambil di bawah Seksyen 6 (1) Enekmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (2001) Selangor.

"Selain diarah tutup, sitaan barangan turut dilakukan ke atas premis itu antaranya mesin dart dan sistem siar raya (PA sistem).

"Menerusi operasi sama, empat premis lain turut diarah tutup dengan tindakan sitaan sebanyak 400 botol minuman keras di atas kesalahan Sek 3(1) Establisymen Makanan ( MPS )2007 serta Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007, " katanya.

Beliau turut mengingatkan pengusaha premis mematuhi syarat lesen ditetapkan bagi mengelak tindakan tegas dikenakan.

"Tiada halangan menjalankan premis hiburan tapi hendaklah beroperasi secara sah. Kebanyakan premis diperiksa didapati gagal memperbaharui lesen dan ada yang tidak mempunyai lesen hiburan.

"Tempoh 14 hari diberikan kepada pengusaha premis untuk mengemukakan rayuan sebelum dibenarkan beroperasi semula," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!