PDRM, SPRM berganding bahu banteras gejala rasuah

PDRM dan SPRM berganding bahu melancarkan Program Kerjasama Strategik Antirasuah.
PDRM dan SPRM berganding bahu melancarkan Program Kerjasama Strategik Antirasuah.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berganding bahu melaksanakan Program Kerjasama Strategik Antirasuah bagi mendidik masyarakat dan anggota penguat kuasa supaya menjauhi rasuah.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, program tersebut dilaksanakan untuk menyampaikan mesej integriti dalam kalangan penjawat awam sekali gus menghindarkan perbuatan menawar dan meminta rasuah.

"Dalam program itu juga turut berlangsung upacara melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah yang disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad.

"Program itu bertujuan menyampaikan mesej kepada orang ramai agar menghindari perbuatan menawarkan rasuah kepada penjawat awam dan mendidik warga PDRM agar menolak rasuah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Norsiah berkata, pelaksanaan program tersebut selaras dengan pelan anti rasuah PDRM dalam menyahut seruan kerajaan yang ingin menjadi negara bebas rasuah dan berintegriti tinggi.

"Menerusi program tersebut, orang ramai yang hadir turut berpeluang mendengar ceramah berkaitan rasuah dan melihat pameran daripada kedua-dua agensi terbabit.

"Jalinan kerjasama tersebut merupakan kesinambungan daripada pemeteraian memorandum persefahaman bersama SPRM sejak tahun 2016 dalam menangani jenayah rasuah dengan lebih berkesan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!