Zinchenko milik Arsenal
PEMAIN serba boleh dari Ukraine, Oleksandr Zinchenko sah menjadi milik Arsenal selepas melengkapkan perpindahannya dari Manchester City.
Difahamkan, pemain berusia 25 tahun itu menandatangani perjanjian jangka panjang di Stadium Emirates dengan Arsenal dilaporkan bakal membayar £30 juta (RM160.33 juta) kepada City, dan tambahan £2 juta (RM10.69 juta) berdasarkan prestasinya.
“Kami sangat gembira Alex (Zinchenko) telah menyertai kami. Dia seorang pemain yang saya kenali secara peribadi dan sentiasa memantau rapat perkembangannya selepas meninggalkan Manchester City.
“Dia juga seorang pemain yang berkualiti tinggi dan serba boleh yang boleh beraksi baik di posisi serangan atau pertahanan.
“Saya gembira kerana semua orang telah melakukan usaha besar ini untuk membawa Alex ke kelab,” katanya.
Untuk rekod, Zichenko telah menghabiskan lebih daripada enam tahun bersama City selepas menyertai kelab itu sebagai pemain remaja dari kelab Rusia, Ufa.
Sepanjang bersama The Citizens, Zinchenko telah membantu pasukannya meraih 11 trofi termasuklah juara Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan juga Piala Liga.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!