PM garis nilai hidup untuk penjawat awam

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (dua, kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan). - Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan amanat pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa (dua, kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar (kanan). - Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggariskan nilai-nilai hidup - rajin, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab - yang perlu diterapkan penjawat awam untuk membentuk negara yang berjaya dan dihormati dunia.

Dalam perjumpaan bulanannya bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, Dr Mahathir berkata nilai-nilai itu penting bagi penjawat awam yang berada dalam kerajaan sebagai satu jentera yang dipertanggungjawabkan mentadbir negara dengan baik dan telus.

"Apabila kita bekerja cukup rajin, ikhlas dan amanah, kalau itu adalah pegangan kita, kita akan berjaya. Sebaliknya, apabila diberi tanggungjawab, kita abaikan tanggungjawab, tidak bekerja kuat , terlibat dalam rasuah, maka negara tidak mungkin berjaya," katanya.

Dr Mahathir yang turut menyentuh mengenai lagu “Malaysia Bersih” yang kali pertama dinyanyikan pada perjumpaan itu, berkata lagu itu penuh bermakna dan kandungannya wajar diberi perhatian penjawat awam dalam menumpukan usaha kepada pembangunan negara.

Dr Mahathir berkata beliau yakin negara akan terus maju dan berjaya kerana ia ditadbir dengan baik.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut mengingatkan penjawat awam agar tidak menyalah gunakan kuasa kerana setiap daripada mereka mempunyai kuasa walaupun hanya bertugas sebagai budak pejabat.

Beliau mengimbas kisah pada zaman penjajahan British mengenai seorang budak pejabat yang bertugas dengan seorang majistret yang terlibat dengan rasuah.

"Dia boleh tentukan sama ada majistret lapang atau tidak untuk berjumpa dengan orang. Itu kuasa yang kecil tetapi dengan kuasa itu sahaja dia boleh dapat duit, dia ada kongsi sedikit dengan majistret.

Artikel Berkaitan:

Ini tidak harus dilakukan oleh kita. Walaupun kuasa itu kecil, kita sudah mula salah gunakan kuasa dan itu bukanlah sesuatu yang dialu-alukan oleh kita," katanya.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!