Lori kontena terbabas punca sesak 7km di PLUS dekat Tapah

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kilometer 318.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan terperangkap dalam kesesakan trafik sepanjang tujuh kilometer berikutan insiden sebuah lori kontena terbalik. - Foto Bernama

A
A
A
IPOH - Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kilometer 318.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan terperangkap dalam kesesakan trafik sepanjang tujuh kilometer berikutan insiden sebuah lori kontena terbalik.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, insiden pada 3.20 petang itu membabitkan lori kontena membawa muatan sarung tangan yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melintangi jalan.

Beliau berkata, pemandu berusia 28 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Lori kontena yang terlibat dalam kemalangan itu telah dialihkan ke kiri lebuh raya dan lorong kanan telah dibuka kepada semua kenderaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!