Wei Chong-Kai Wun juara Terbuka Taiwan
BEREGU muda lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun muncul juara Terbuka Taiwan selepas menumpaskan wakil tuan rumah Lee Yang-Wang Chi-lin sebentar tadi.
Dalam aksi pentas akhir, pasangan yang kini berada di ranking ke-36 dunia itu mengejutkan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020 apabila menang dalam pertarungan rubber set 21-18, 11-21, 21-18 selama 54 minit.
Untuk rekod, kemenangan di Terbuka Taiwan itu merupakan kejuaraan kedua musim ini buat Wei Chong-Kai Wun selepas muncul juara di Kejohanan Badminton Antarabangsa Syed Modi di Lucknow, India pada Januari lalu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!