Melaka kerap dipalit isu dalaman oleh pihak cemburukan BN

Ab Rauf Yusoh
Ab Rauf Yusoh
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka sering dipalit dengan isu dalaman termasuk menerusi media sosial oleh pihak yang cemburukan Barisan Nasional (BN) kerana memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, tahun lalu.

Pengerusi Barisan Nasional Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata, selama tempoh kemenangan dan sehingga kini, seramai 21 wakil rakyat parti itu masih sehaluan dengan kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

"Tidak nampak ada isu dalaman dan tiada isu besar yang mendalam tetapi ada (isu) dilihat dalam oleh mereka yang tidak suka melihat apa kita (BN) peroleh selepas pilihan raya lalu," katanya di Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Dewan Undangan Negeri, Seri Negeri, Ayer Keroh, pada Isnin.

Ab Rauf berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee yang menyentuh kononya terdapat isu dalaman dalam pentabiran kerajaan negeri Melaka.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara turut menegaskan bahawa, prestasi kerajaan negeri begitu positif dengan nilai pelaburan asing berjumlah RM2.2 bilion dalam tempoh empat bulan.

"Ini menunjukkan keyakinan pelabur datang ke Melaka adalah disebabkan kestabilan politik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!