Malaysia alami tiupan angin lemah pelbagai hala sehingga Rabu

MetMalaysia memaklumkan negara sedang menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala dan dijangka berterusan sehingga Rabu ini. - Gambar hiasan
MetMalaysia memaklumkan negara sedang menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala dan dijangka berterusan sehingga Rabu ini. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan negara sedang menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala dan dijangka berterusan sehingga Rabu ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan tempat melibatkan negeri-negeri pantai barat Semenanjung, Sarawak dan barat Sabah.

Menurutnya, ia dikesan berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!