Lebih 30 maut bas terjunam dari jambatan

Lebih 30 orang maut apabila sebuah bas terjunam dari jambatan kira-kira 40 meter ke lembah Sungai Nithi, Kenya pada Ahad. - Foto AP
Lebih 30 orang maut apabila sebuah bas terjunam dari jambatan kira-kira 40 meter ke lembah Sungai Nithi, Kenya pada Ahad. - Foto AP
A
A
A

NAIROBI - Sekurang-kurangnya 34 maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai di tengah Kenya, kata seorang pegawai tempatan pada Isnin.

Kemalangan berlaku lewat Ahad ketika bas itu dalam perjalanan dari bandar Meru ke bandar pesisir Mombasa.

Bas itu terjunam dari jambatan kira-kira 40 meter ke lembah Sungai Nithi.

Gambar yang diterbitkan dalam media tempatan menunjukkan bas itu remuk selepas menuruni cerun curam dengan laporan mengatakan serpihan dan mayat berselerakan di dalam air serta tebing sungai.

Pihak Berkuasa Pengangkutan dan Keselamatan Kebangsaan (NTSA) berkata dalam satu kenyataan di Twitter bahawa 33 orang meninggal dunia dan ia telah menghentikan operasi syarikat bas terbabit.

"Siasatan menyeluruh terhadap nahas dan penilaian standard operasi keselamatan pengendali sedang dijalankan," tambahnya seperti dilaporkan AFP.

Pesuruhjaya Daerah, Norbert Komora kemudian berkata, jumlah kematian meningkat kepada 34 orang.

"Terdapat 45 orang di dalam bas. Kami masih mencari tiga daripada mereka," tambahnya. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!