Mengemas rumah tugas suami ke isteri?

Suami dan isteri perlu fahami tanggungjawab masing-masing dan saling membantu antara satu sama lain. -GAMBAR HIASAN.
Suami dan isteri perlu fahami tanggungjawab masing-masing dan saling membantu antara satu sama lain. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

MEMANG sudah menjadi rutin bagi seorang isteri untuk memasak dan mengemas rumah sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Sementelahan, kita dididik dengan suasana sebegitu, bukan?

Namun, ada yang berkata, ia sebenarnya ialah tugas suami. Benarkah?

Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak iaitu suami dan isteri adalah amat penting.

Perkara pertama yang perlu diwujudkan ialah melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing.

Pada masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya itulah yang menjadikan rumah tangga sebagai 'baiti jannati' adalah pengorbanan.

Dengan itu, lahirlah kasih sayang kerana natijah daripada perkahwinan ialah mendapat ketenangan, 'mahabbah' (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahirkan cinta serta kebahagiaan.

Menurut jumhur ulama, wajib ke atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, nasihat salafussoleh pula, para isteri perlu berkorban dalam ruang lingkup rumah sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah.

Justeru, memahami perlaksanaan tugas, bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa dan saling membantu antara suami dan isteri boleh menatijahkan kebahagiaan.

(Sumber: Al-Kafi #642: Mengemas Rumah Tugas Suami ke Isteri?, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!