1,945 kes jangkitan ILI di Kedah

Gambar hiasan (Gambar kecil: Dr Mohd Hayati)
Gambar hiasan (Gambar kecil: Dr Mohd Hayati)
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan 1,945 kes jangkitan Penyakit Seperti Influenza (ILI) majoriti melibatkan sekolah berasrama di negeri ini bermula 31 Mei hingga 25 Julai.

Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, jangkitan itu membabitkan 25 kluster iaitu 23 sekolah, sebuah institusi pendidikan dan sebuah pusat pemulihan.

Dr Mohd Hayati berkata, daripada jumlah itu, tujuh kluster baharu dikesan di Kedah bermula 30 Jun hingga 25 Julai menjadikan keseluruhan 25 kluster berbanding hanya 18 kluster pada 31 Mei hingga 28 Jun.

“Antara kluster terbaharu ialah Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dan Kolej Vokasional Sungai Petani 2.

“Selain itu, Institut Kemahiran Mara (IKM) Sik, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa Sungai di Sungaii Petani, Akademi Sains Pendan serta MRSM Baling,” katanya satu dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan, jumlah kes tertinggi melibatkan MRSM Langkawi dengan 321 kes direkodkan, diikuti MRSM Pendang dengan 161 kes.

Sehubungan itu, Dr Mohd Hayati menasihatkan prosedur penjagaan kesihatan dipatuhi dan pengasingan murid yang bergejala perlu dilakukan.

‘’Jaga diri hindari jangkitan, patuhi arahan. Kita mampu mengubahnya,’’ ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!