Pogba terlepas aksi berdepan Barcelona

Pogba berjaya melepas kawalan pemain Chivas Guadalajara pada aksi persahabatan pra-musim, Sabtu lalu - Foto Getty Images
Pogba berjaya melepas kawalan pemain Chivas Guadalajara pada aksi persahabatan pra-musim, Sabtu lalu - Foto Getty Images
A
A
A

PEMAIN baharu Juventus, Paul Pogba disahkan tidak akan beraksi berdepan Barcelona di Stadium Cotton Bowl bagi aksi persahabatan pra-musim, pada Rabu berikutan mengalami masalah kecederaan lutut ketika beraksi berdepan kelab Mexico, Chivas Guadalajara, Sabtu lalu.

Perkhabaran itu ditegaskan menerusi satu kenyataan rasmi kelab The Old Lady itu pada Selasa yang sekali gus menyaksikan tonggak Perancis itu bakal terlepas beberapa perlawanan awal Serie A, kelak.

“Baru-baru ini Pogba ada mengadu mengenai kesakitan yang dialaminya pada lutut kanannya setelah beraksi berdepan Chivas Guadalajara.

“Setelah melalui ujian perubatan, Pogba dikesan mengalami kecederaan lateral meniscus (koyak pelapik lutut).

“Oleh itu, dia kini perlu menjalani rawatan pemulihan selain khidmat kaunseling sebelum boleh beraksi,” menurut kenyataan berkenaan.

Untuk rekod, Pogba beraksi cemerlang bagi membantu kemenangan 2-0 ke atas Chivas Guadalajara Sabtu lalu.

Sementara itu pengendali Juventus, Massimiliano Allegri berharap agar Pogba segera sembuh daripada kecederaan berkenaan dan mampu untuk diturunkan pada aksi Serie A nanti.

“Bagi saya, Pogba masih merupakan antara 'playmaker' terbaik ketika ini, mungkin dia dilihat tidak begitu ‘menjadi’ dengan pasukan lain.

“Oleh itu, saya mengharapkan untuk dia segera sembuh dan membantu kami dalam saingan Serie A nanti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!