Kem Al-Sultan Abdullah

A
A
A
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merasmikan Penamaan Kem Al-Sultan Abdullah, Markas Angkatan Bersama, hari ini.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan pegawai kanan dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kem Al-Sultan Abdullah yang dinamakan sempena nama baginda telah dirancang pembinaannya sejak 2007 dengan pemilihan di Jalan Panching, di sini susulan kedudukan kem dan pangkalan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara sedia ada di Kuantan sekali gus dapat menyokong pengoperasian Markas Angkatan Bersama (MK AB).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia