Hidup rasa lengkap bila dah kahwin: Pekin

Pelakon, Pekin Ibrahim dan isterinya Mona.
Pelakon, Pekin Ibrahim dan isterinya Mona.
A
A
A

PELAKON dan pengarah, Pekin Ibrahim mengakui hidupnya kini lebih terurus.

Pekin atau nama penuhnya Iznan Ibrahim, 37, berkata, meski tiada perbezaan ketara selepas berkahwin namun seperkara yang dapat dilihat adalah dari segi pengurusan rutin hidup.

"Alhamdulillah kehidupan selepas berkahwin ini saya lebih teratur.

"Saya rasa lebih lengkap apabila sudah berduai. Iyalah dulu tak ada orang nak jaga. Sekarang ada orang jaga makan dan pakaian kita.

"Jadi bila sudah hidup berpasangan ini masing-masing dapat saling membantu menguruskan kehidupan dari segenap segi," jelas Pekin.

Bakal mengarahkan karya terbaharu tidak lama lagi, Pekin memberitahu, dia telah menawarkan watak untuk isterinya dalam cerita tersebut.

"Di rumah dia isteri tapi di set penggambaran dia pelakon. Layanan sama rata dengan pelakon-pelakon lain," katanya.

Untuk rekod pasangan ini sudah menyulam cinta hampir dua tahun dan memutuskan untuk berkahwin pada akhir penghujung 2018.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!