Musang king bukan spesis untuk ditanam sebagai ladang hutan: KeTSA

Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan(kanan) bersama Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada Selasa.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan(kanan) bersama Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 bagi Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memaklumkan, durian musang king dikenal pasti sebagai spesis pokok yang bukan untuk ditanam sebagai ladang hutan di Gunung Inas, Baling, Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) mendapati projek penanaman durian musang king di Gunung Inas melanggar syarat penanaman ladang hutan.

“Terdapat 11 spesis lain (antaranya) akasia, batai, getah klon, balak, jati. Pokok durian hibrid (musang king) tidak termasuk sebagai spesis ladang hutan tetapi ia dilaksanakan di negeri Kedah seawal pada 2017.

"Pada 2019, kerajaan negeri pada masa itu telah meluluskan penanaman durian musang king sebanyak 20 peratus daripada keluasan yang masih dibenarkan,” katanya sewaktu sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu mengenai kaedah penyelesaian dirancang bagi memastikan keselamatan rakyat dijamin, khususnya penduduk di sekitar Gunung Inas susulan bencana kepala air baru-baru ini.

Tambah Takiyuddin, pada tahun 2020, JPNK melalui Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mengarahkan pemberhentian segera aktiviti penanaman durian musang king itu.

Menurutnya, JPNK telah mencadangkan kerajaan negeri Kedah menjadikan Gunung Inas sebagai hutan perlindungan serta bagi tujuan tadahan air.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!