JDT II kukuhkan kedudukan di Liga Premier
SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) II meraih tiga mata berharga apabia menewaskan UiTM FC 4-0 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru, pada aksi Liga Premier malam Selasa.
Bermula garang sebaik wisel permulaan, JDT II membuka jaringan menerusi Daryl Sham pada minit ke-21, sebelum pemain import, Moussa Sidibe menjaringkan gol kedua pada minit ke-26.
Ketinggalan dua gol, menyaksikan UiTM FC cuba bangkit untuk merapatkan jurang gol, namun gagal melepasi benteng pertahanan JDT II hingga tamat babak pertama.
Babak kedua menyaksikan JDT II semakin menggandakan asakan dalam usaha menambah jaringan.
Hasilnya, Daryl Sham menjaringkan gol ketiga pada minit ke-62 sebelum pemain gantian Gabriel Nistelrooy menjaringkan gol keempat pada minit ke-89 bagi melengkapkan kemenangan bergaya JDT II.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!