Perak FC akhirnya raih tiga mata
PERAK FC akhirnya meraih tiga mata berharga apabila menewaskan Selangor FC II, 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam, malam Selasa.
Jaringan pemain gantian, Mohd Feris Danial pada minit ke-78, sudah cukup memadai bagi skuad The Bos Gaurus itu membawa pulang tiga mata buat kali pertama musim ini ke Ipoh.
Kedua-dua pasukan bermula garang dalam usaha membuka jaringan, namun percubaan-percubaan yang dilakukan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan masing-masing.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan semakin menggandakan asakan bagi menghasilkan jaringan.
Akhirnya, pemain gantian, Perak FC, Mohd Feris Danial berjaya memanfaatkan peluang di depan pintu gol Selangor FC II bagi menjaringkan gol tunggal perlawanan sekali gus mengesahkan kemenangan pelawat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!