Polis Republik Czech guna Ferari sebagai kereta peronda
PRAGUE - Polis di Republik Czech pada Isnin lalu menggunakan kereta sports Ferari 458 sebagai kereta peronda untuk mengejar kenderaan curi dan membanteras perlumbaan haram di negara itu.
Menurut polis, kereta Ferari itu dikerahkan untuk menentang pemandu yang paling agresif di lebuh raya Czech.
Ini bermakna ia akan digunakan untuk mencari dan mengejar kenderaan curi dan membanteras acara yang sering mengakibatkan perlumbaan jalanan berkelajuan tinggi secara haram.
Ferari itu sebelum ini dirampas daripada penjenayah sebelum ia digunakan sebagai kereta peronda polis.
Kereta itu bernilai sekitar £150,000 (RM802,858) di pasaran.
Ia telah diubah suai menjadi salah sebuah kenderaan polis terpantas di Eropah.
Dalam satu kenyataan, Polis Republik Czech berkata, kos pengubahsuaian kenderaan itu lebih murah daripada membeli sebuah kereta Skoda baharu. – Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!