Dua tentera India di DR Congo terbunuh

Terdapat hampir 4,000 tentera India berkhidmat di Republik Demokratik Congo. Foto AFP
Terdapat hampir 4,000 tentera India berkhidmat di Republik Demokratik Congo. Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Dua anggota tentera India yang berkhidmat dengan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (DR Congo) terbunuh dalam keganasan pada Selasa.

Mereka adalah sebahagian daripada MONUSCO (singkatan dalam bahasa Perancis), kata Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar.

Kedua-duanya adalah anggota Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) dan berasal dari negeri Rajasthan, lapor Agensi Berita PTI.

Menurut laporan, tiga anggota pasukan pengaman dan berpuluh penunjuk perasaan terbunuh dalam protes anti-PBB di bandar timur DR Congo, Goma dan Butembo, menurut laporan.

Anggota tentera ketiga yang terbunuh itu adalah dari Maghribi

"Penyerang secara ganas merampas senjata daripada pasukan Polis Negara Congo dan melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah pasukan pengaman kami," kata MONUSCO. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!