Atletico nafi mahu khidmat Ronaldo

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

PRESIDEN Atletico Madrid, Enrique Cerezo menafikan khabar angin bahawa pihaknya berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Menurut Cerezo, dia tidak faham bagaimana spekulasi itu boleh tercipta memandangkan ia sesuatu yang mustahil untuk membawa Ronaldo ke Stadium Metropolitano berdasarkan kewangan semasa kelab ketika ini.

“Saya tidak tahu siapa yang mereka-reka cerita tentang Cristiano Ronaldo ke Atletico Madrid.

“Ia tidak benar. Secara praktikal ia sesuatu yang mustahil untuk dia datang ke Atletico Madrid,” katanya.

Dengan perkembangan itu, ia sekali gus menyaksikan peluang Cristiano Ronaldo untuk meninggalkan Manchester United semakin tipis selepas menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu baru-baru ini

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes sebelum ini cuba menjayakan perpindahan, dengan Bayern Munich dan Chelsea antara pilihan pemain itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!