Gangguan bekalan elektrik di beberapa negeri

Keadaan gelap di Suria KLCC susulan gangguan bekalan elektrik pada Rabu. -Foto Twitter @mwnkenobi
Keadaan gelap di Suria KLCC susulan gangguan bekalan elektrik pada Rabu. -Foto Twitter @mwnkenobi
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Beberapa negeri di Semenanjung melibatkan kawasan tertentu turut dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Rabu,

Selain Lembah Klang, gangguan turut berlaku di Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Pahang.

Sementara itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline dalam kenyataan ringkas di Facebook memaklumkan, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.

Dalam pada itu, RapidKL memaklumkan gangguan bekalan elektrik yang sedang dialami oleh beberapa kawasan di Lembah Kelang turut menjejaskan perkhidmatan rel, khususnya LRT laluan Ampang/Sri Petaling.

“Penumpang dinasihatkan untuk bersabar dan sila ikuti arahan yang diberikan. Penumpang juga disarankan untuk menggunakan pengangkutan alternatif. Ikuti kami untuk perkembangan selanjutnya, “ katanya.

Sementara itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memberitahu bekalan eletrik terputus menyebabkan lampu isyarat di sekitar KL tidak berfungsi dan mengalami gangguan.

"Pengguna jalan raya diminta berhati hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.

"Petugas Warden Trafik DBKL telah diarahkan untuk mengawal & mengawasi trafik di jalan - jalan utama," katanya.


Netizen berkongsi situasi tersebut di media sosial dan ada kawasan yang telah pulih bekalan elektrik.





Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!