Lebih 1.6 tan metrik kokain dirampas di Mexico
BANDARAYA MEXICO - Polis Mexico menahan empat suspek selain merampas lebih 1.6 tan metrik kokain di dalam dua treler traktor dalam satu operasi pada Selasa lapor Xinhua.
Siasatan awal menunjukkan dadah jenis kokain itu diangkut ke Bandaraya Mexico dari Colombia.
Menurut Setiausaha Keselamatan Awam bandar itu Omar Garcia Harfuch, dadah itu akan diedarkan di ibu negara Mexico dengan sebahagiannya akan dihantar ke Amerika Syarikat. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!