Lampu isyarat di KL alami gangguan

Lampu isyarat di beberapa kawasan di ibu negara terganggu akibat bekalan elektrik terputus pada Rabu.
Lampu isyarat di beberapa kawasan di ibu negara terganggu akibat bekalan elektrik terputus pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya di ibu negara diingatkan untuk berhati-hati berikutan lampu isyarat di sekitar ibu negara alami gangguan akibat bekalan elektrik terputus.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan di Facebook rasminya berkata, pengguna jalan raya diminta berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku.

"Bekalan eletrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus termasuk Kuala Lumpur.

"Insiden ini menyebabkan lampu isyarat di sekitar Kuala Lumpur tidak berfungsi dan mengalami gangguan," katanya pada Rabu.

Tambahnya, petugas Warden Trafik DBKL telah diarahkan untuk mengawal dan mengawasi trafik di jalan-jalan utama.

Pada Rabu, beberapa negeri di Semenanjung melibatkan kawasan tertentu turut dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik pada Rabu,

Selain Lembah Klang, gangguan turut berlaku di Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Pahang.

Sementara itu Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline dalam kenyataan ringkas di Facebook memaklumkan, pasukan teknikal sedang mengenal pasti punca kejadian dan usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya.

MAKLUMAN AWAM Bekalan eletrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus termasuk Kuala Lumpur. Insiden ini...

Posted by Dewan Bandaraya Kuala Lumpur on Tuesday, July 26, 2022

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!