Melaka bakal jadi pusat hub data kedua negara

Ab Rauf ketika sidang akhbar selepas Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Rabu.
Ab Rauf ketika sidang akhbar selepas Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Melaka bakal menjadi hub pusat data kedua negara selepas Cyberjaya apabila pelabur negara luar seperti China berminat untuk membangunkan pusat data di negeri ini.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, lokasi seluas lapan hektar di kawasan perindustrian Ayer Keroh bakal dijadikan pusat data itu dengan nilai pelaburan melebihi RM1 bilion.

Menurutnya, pemilihan Melaka disebabkan kedudukannya strategik, malah mempunyai hub kabel dasar laut bagi rangkaian elektrik yang beroperasi di Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

Katanya, Perjanjian Ketakdedahan (NDA) telah ditandatangani tiga bulan lalu dan kini di peringkat proses jual beli tanah sebelum mendapatkan kelulusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

"Sebuah syarikat dari China berminat membuka pusat data kedua di kawasan berkenaan.

"Pusat data terbesar selepas Cyberjaya ini akan beri impak besar dalam dunia digital," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Persidangan Ketiga, Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Ayer Keroh, pada Rabu.

Tambahnya, kawasan yang akan dilengkapi tujuh kampus itu akan mampu memperkasakan ekonomi digital dan ekosistem digital di Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!