'Dulu pemimpin PH guling-guling atas jalan, sekarang angkuh'
SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan rakyat kini marah dengan PH kerana mereka menjadi sombong dan angkuh.
Menurutnya, dulu pemimpin PH sanggup berguling-guling atas jalan bagi membantah kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) namun kini lain pula kisahnya.
“Dulu berguling atas jalan tapi bila dah jadi kerajaan, mereka kata AES boleh disiplinkan rakyat. Selepas itu boleh cakap pula ‘I don’t care’.
“Dulu lawan tapi sekarang tambah pula kamera AES, saman pun dah tiada diskaun. Dulu sanggup guling-guling tapi sekarang sombong dan angkuh,” tegas beliau.
Menurutnya, Pas-UMNO sekarang bukan sahaja membawa suara Islam tapi membawa suara rakyat dan itu digeruni rakan-rakan pemimpin dalam PH.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar Ke-99 bertajuk ‘Pas-UMNO Bergabung, Apa Kesan Demografi Politik?’ di Auditorium Karangkraf, di sini, petang ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!