Buah bambangan

A
A
A

Peniaga buah-buahan Shamsul Shamsudin, 38, menunjukkan isi buah bambangan yang sedia dijual kepada pelanggan di gerainya di Simpang Taman Damai Layang-Layangan ketika tinjauan Foto Bernama hari ini.

Menurut Shamsul, kesemua buah bambangan itu dibawa dari Sipitang, Sabah kerana agak sukar untuk mendapatkan buah tersebut di Labuan pada ketika ini.

Buah bambangan atau nama saintifiknya Mangifera Pajang adalah antara buah eksotik yang mendapat permintaan tinggi setiap kali tibanya musim buah di sini.

Saiz buah bambangan diukur mengikut berat, kebiasaannya sebiji antara 500 gram hingga satu kilogram (kg) dan dijual antara RM5 hingga RM10 sebiji.

Selain dibuat sambal atau jeruk supaya dapat disimpan lama dan dijadikan penambah rasa dalam masakan, isinya yang berwarna kuning keemasan memiliki rasa masam manis yang unik seakan-akan mangga sesuai dimakan begitu saja.

Buah dengan kulit berwarna coklat itu boleh ditemui di seluruh negeri Sabah dan Kepulauan Borneo amnya pada musim buah yang bermula sejak awal bulan ini dan dijangka berterusan sehingga Oktober.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Kolam Air Panas Selayang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Planetarium Negara

No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal