Posmen nyaris digilis lori

Muhammad Nor Azmi melihat motosikalnya yang digilis sebuah lori dalam kejadian petang semalam.
Muhammad Nor Azmi melihat motosikalnya yang digilis sebuah lori dalam kejadian petang semalam.
A
A
A

JASIN - Seorang posmen terselamat daripada digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan menghantar surat di Simpang Tiga Belading, Asahan, di sini, semalam.

Dalam kejadian lebih kurang jam 5.30 petang, mangsa Muhammad Nor Azmi Nordin, 26, yang merupakan kakitangan Pos Malaysia dipercayai sedang bertugas sebelum terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati, sebuah lori jenis Nissan datang dari arah Tangkak, Johor menghala ke Asahan dan setiba di simpang tersebut, pemandu berusia 41 tahun terus membelok memasuki simpang, berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang dipercayai dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan berlaku pelanggaran.

"Motosikal ditunggangnya terlanggar bahagian tayar belakang sebelah kanan lori terbabit, lalu terjatuh dan digilis lori.

"Bagaimanapun, mangsa bernasib baik dan hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Keadaan motosikal mangsa selepas digilis sebuah lori.
Keadaan motosikal mangsa selepas digilis sebuah lori.

Kes disiasat di bawah Peraturan 3(2)(B) Akta Lalulintas 166/59.

Artikel Berkaitan:

Mangsa yang beralamat di Taman Paya Dalam, mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta dan mengalami retak pada tumit kaki, patah jari dan bibirnya cedera terkoyak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!