Mayat lelaki ditemui terapung dalam tali air
ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam tali air di jalan Kampung Pida 8, Jitra, dekat sini, pada Rabu.
Mangsa dikenal pasti sebagai Azizan Othman, 60, dari Kampung Bohor Temak, Kangar, Perlis.
Ketua Polis Daerah Kubang, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, mayat mangsa dan motosikal ditemui kira-kira jam 1.10 petang.
"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa disyaki terbabas sendiri lalu jatuh ke dalam tali air tersebut.
"Mayat mangsa telah ditemui terapung dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mayat mangsa kemudian di hantar ke Hospital Jitra (HJ), dekat sini, untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!