KLIA kembali beroperasi
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bergelap seketika sekitar 12.30 tengah hari tadi sebelum bekalan elektrik beransur pulih kira-kira lima minit kemudian.
Tinjauan Bernama kira-kira 3.15 petang tadi mendapati situasi kembali normal dengan keberadaan orang ramai yang kelihatan menunggu penerbangan mereka dan ada yang berbaris bagi urusan daftar masuk.
Sejak 12.39 tengah hari, dilaporkan berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, antaranya di Selangor, Melaka, dan Pahang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!