Bapa bawa anak 6 tahun masuk port dadah

 Zulkifli Mat Deris
Zulkifli Mat Deris
A
A
A

SETIU - Seorang bapa sanggup membawa anak lelakinya berusia 6 tahun ke 'port' dia melepaskan gian dalam semak sebelum ditahan polis pagi semalam.

Lelaki berusia 51 tahun terbabit merupakan antara 14 individu yang ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Setiu dalam Ops Sarang bermula 4.30 pagi hingga 1 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, lelaki itu didapati membawa anaknya untuk mengambil dadah bersama rakannya yang lain di sarang penagih yang terletak dalam semak pokok gelam di Kampung Kolam, Telaga Papan dekat Permaisuri, di sini.

Menurutnya, mereka ditahan oleh lapan anggota polis yang turut dibantu anggota Balai Polis Penarik kira-kira 9.30 pagi.

“Turut ditahan di situ seorang perempuan berusia 30 tahun dan tunangnya berusia 24 tahun kerana turut menjadi lokasi itu untuk melepas gian.

“Perempuan yang berstatus janda itu juga mengaku mempunyai hubungan sepupu dengan tunangnya dan mereka dari kampung berdekatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!