Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU: JKM

Siti Nuramira
Siti Nuramira
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU).

JKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) mendapati Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU.

"Pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih,” menurut JKM susulan tular infografik di laman media sosial berkenaan perkara itu.

JKM juga berharap laporan berkenaan diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU.

Pada 13 Julai lepas, Siti Nuramira, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan yang didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada jam 6 petang, 4 Jun lepas. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!