Selesai 90 peratus masalah banjir
SHAH ALAM - Projek-projek pembangunan berkaitan tebatan banjir yang dijangka siap pada tahun 2030 diyakini dapat menyelesaikan sebanyak 90 peratus masalah banjir di negara ini terutama melibatkan ibu kota.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh berkata, sebanyak RM30 bilion peruntukan pembangunan termasuk dana Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) telah disediakan bagi memastikan hala tuju serta objektif kerajaan dalam menangani masalah banjir ini dapat dilaksanakan.
“Dalam 80 peratus hingga 90 peratus (dapat selesaikan masalah banjir). Ia bergantung kepada bagaimana kita menjaga keadaan sungai dan sistem saliran kita.
“Kalau sampah dalam sistem saliran itu masih banyak, maknanya reka bentuk pihak kami hanya tinggal separuh saja kerana saliran itu sangkut. Macam mana air nak lalu?
“Jadi ini bergantung kepada keadaan ekologi dan masyarakat supaya sama-sama menjaga kebersihan,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Baca berita penuh di Sinar Premium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!