Arab Saudi batal skim umrah tuan rumah
Umrah itu membolehkan warganegara Arab Saudi dan ekspatriat membawa masuk dan menjadi tuan rumah kepada tiga hingga lima jemaah asing untuk menunaikan umrah.
Bercakap kepada akhbar Saudi Gazette, Hisham Bin Saeed iaitu jurucakap Kementerian Haji dan Umrah berkata, projek itu telah dibatalkan dan tidak akan dilaksanakan lagi.
Pihak kementerian itu mula melaksanakan projek tersebut sejak tiga tahun lalu.
Di bawah skim itu, seorang rakyat Arab Saudi boleh menjadi tuan rumah kepada mana-mana orang Islam dari luar negara tersebut.
Melalui skim itu juga, ekspatriat boleh menjadi tuan rumah kepada saudara mara terdekat mereka untuk menunaikan ibadah umrah. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!