Maut motosikal terbabas, langgar tiang lampu

Anggota bomba mengangkat mayat Zairul Shahrizal selepas maut dalam kemalangan berhampiran Kayu Ara Pasing, Jalan Pontian-Benut, Pontian, pada Khamis.
Anggota bomba mengangkat mayat Zairul Shahrizal selepas maut dalam kemalangan berhampiran Kayu Ara Pasing, Jalan Pontian-Benut, Pontian, pada Khamis.
A
A
A

PONTIAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dan melanggar tiang lampu berhampiran sebuah stesen minyak di Kayu Ara Pasing, Jalan Pontian-Benut di sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Boma dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan II Julia Sani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian tersebut pada jam 2.41 pagi.

Susulan itu seramai tujuh anggota dibantu sebuah jentera Fires Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kejadian melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS dan mangsa, Zairul Shahrizal Sulaiman, 35, telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 6.17 pagi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!