Eriksen sudah buka 'akaun' jaringan United

Eriksen
Eriksen
A
A
A

CHRISTIAN Eriksen tidak menunggu lama untuk mencetuskan impak apabila membantu kelab baharunya, Manchester United menewaskan Wrexham AFC 4-1 dalam aksi persahabatan pada Rabu.

Eriksen dan Lisandro Martinez yang diumumkan secara rasmi sebagai pemain baharu United sebelum pertemuan menentang kelab Wales itu yang diadakan secara tertutup di Carrington.

Bintang sensasi United, Cristiano Ronaldo yang kembali ke England pada Isnin lalu pula langsung tidak terbabit dalam perlawanan itu dan hanya menonton dari tempat duduk penonton.

Namun, penampilan Eriksen lebih mencuri tumpuan apabila dia meledak gol pada babak pertama untuk menyamakan kedudukan 1-1 selepas pertahanan Wrexham, Aaron Hayden membuka tiriai jaringan.

Skuad The Red Devils kemudiannya bangkit menyumbat tiga gol pada babak kedua masing-masing menerusi jaringan Alejandro Garnacho, Amad Diallo dan Alex Telles.

“Sudah tentu saya gembira apabila dapat menjaringkan gol dalam perlawanan pertama bersama kelab. Ini satu permulaan positif dalam usaha saya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.

“Saya akan terus berusaha untuk keras dalam setiap sesi latihan. Saya masih ada masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan dan rentak permainan rakan-rakan sepasukan yang lain,” kata Eriksen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!