Dua juruterbang maut, pesawat tentera udara India terhempas
NEW DELHI - Dua juruterbang maut selepas sebuah pesawat Tentera Udara India (IAF) terhempas di Rajasthan pada Khamis.
"Pada jam 9.10 malam sebuah pesawat IAF MiG 21 terhempas ketika membuat latihan. Kedua-dua juruterbang terkorban.
"IAF amat kesal dengan insiden itu dan siasatan telah diarahkan untuk kenal pasti punca nahas," menurut IAF.
Pesawat itu dilaporkan berlepas dari pangkalan udara Uttarlai di daerah Barmer di Rajasthan.
Menurut laporan media tempatan, sejak Januari 2021 sudah enam pesawat MiG-21 terlibat dalam nahas udara. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!