Ubur-ubur 'serang' bandar tepi laut Israel

Sejumlah besar titik putih yang merupakan ubur-ubur muncul di Haifa, Israel baru-baru ini. - Foto Reuters
Sejumlah besar titik putih yang merupakan ubur-ubur muncul di Haifa, Israel baru-baru ini. - Foto Reuters
A
A
A

HAIFA - Sejumlah ubur-ubur dalam bilangan yang banyak muncul berhampiran bandar Haifa yang terletak berhanmpiran dengan laut di utara Israel baru-baru ini.

Dalam rakaman yang dikongsi oleh Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel, laut kelihatan dibanjiri dengan makhluk itu pada 20 Julai lalu.

Foto dan video dirakamkan oleh dron itu di Teluk Haifa dan menunjukkan serangan besar-besaran haiwan tersebut.

Ia kelihatan seperti titik-titik putih berada di bawah permukaan laut.

Ubur-ubur bukanlah sesuatu yang luar biasa di kawasan itu terutamanya pada musim panas tetapi bilangan tersebut dianggap telah mencapai tahap yang melampau.

Guy Lavian iaitu seorang renjer marin dengan Pihak Berkuasa Alam dan Taman Israel berkata kepada Reuters bahawa hidupan laut tersebut mengaklibatkan kerosakan dan pemanasan global sebagai punca kepada kehadiran ubur-ubur berkenaan.

Sengat ubur-ubur membahayakan manusia menyebabkan pihak berkuasa itu meminta orang ramai menjauhi kawasan pantai.

Ia boleh merosakkan alam sekitar kerana haiwan tersebut bersaing dengan hidupan marin lain untuk mendapatkan makanan yang boleh menjadi terhad memandangkan jumlahnya yang besar, kata Pihak Berkuasa Alam Semula Jadi dan Taman Israel. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!