Malaysia sedia bantu Indonesia tangani inventori minyak sawit

Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia membantu Indonesia dalam menangani inventori minyak sawitnya yang tinggi, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan untuk membantu Indonesia -- pengeluar minyak sawit terbesar dunia -- dalam mengurangkan stoknya.

"Sebagai ahli Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC), kita perlu membantu antara satu sama lain,” katanya pada majlis penutupan Acara Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomoditi Antarabangsa Malaysia (MIACES) 2022 malam Khamis.

Menurut laporan berita, eksport minyak sawit Indonesia tidak kembali ke paras biasa walaupun larangan eksportnya ditarik balik pada 23 Mei, kerana syarikat dikehendaki menunjukkan bukti jualan domestik masing-masing sebelum boleh mendapatkan permit eksport mereka -- satu langkah yang membawa kepada peningkatan stok dan seterusnya, kejatuhan harga.

Harga minyak sawit mula turun dengan ketara selepas Indonesia menarik balik larangan selama tiga minggu, diikuti dengan pengecualian levi eksport negara untuk semua produk minyak sawit dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2022. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!