Avisena beri vaksin influenza kepada warga SAS

Jururawat Avisena Women's & Children's Specialist Hospital memberikan suntikan vaksin influenza kepada pelajar di Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya pada Jumaat. - Foto Bernama
Avisena Health Care Sdn Bhd (Avisena) hari ini memberikan vaksin influenza kepada kira-kira 560 warga Sekolah Alam Shah (SAS) di sini melalui Program Outreach Vaksinasi Influenza sebagai salah satu usaha mengekang penularan jangkitan virus influeza di sekolah berasrama penuh itu.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***
SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN TERKINI JANGKITAN 2019-nCoV OLEH YB MENTERI KESIHATAN, DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
ID: BN202002115413
Jururawat Avisena Women's & Children's Specialist Hospital memberikan suntikan vaksin influenza kepada pelajar di Sekolah Sultan Alam Shah, Presint 1, Putrajaya pada Jumaat. - Foto Bernama Avisena Health Care Sdn Bhd (Avisena) hari ini memberikan vaksin influenza kepada kira-kira 560 warga Sekolah Alam Shah (SAS) di sini melalui Program Outreach Vaksinasi Influenza sebagai salah satu usaha mengekang penularan jangkitan virus influeza di sekolah berasrama penuh itu. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** SIDANG MEDIA PERKEMBANGAN TERKINI JANGKITAN 2019-nCoV OLEH YB MENTERI KESIHATAN, DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD ID: BN202002115413
A
A
A
PUTRAJAYA - Avisena Healthcare Sdn Bhd (Avisena) hari ini memberikan vaksin influenza kepada kira-kira 560 warga Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS) di sini melalui program bantuan vaksinasi influenza bagi memberi kesedaran terhadap kepentingan vaksinasi dan secara tidak langsung dapat mengekang penularan jangkitan virus influenza di sekolah.

Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Komunikasi Avisena, Azuan Sulaiman berkata, SAS merupakan sekolah berasrama penuh pertama yang terlibat dalam program vaksinasi tersebut dan mendapat kerjasama penuh daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

"Dalam fasa pertama program bantuan ini, kami menumpukan kepada sekolah berasrama penuh di sekitar Lembah Klang kerana kita tahu wabak influenza ini mudah tersebar dalam kalangan para pelajar.

"Melalui program yang dijalankan bersama sekolah berasrama penuh, Avisena menawarkan vaksin influenza kepada warga sekolah dan para pelajar bagi memudahkan urusan vaksinasi tanpa perlu ke fasiliti kesihatan," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Mengenai program hari ini, Azuan berkata, proses pendaftaran dan dokumentasi dilaksanakan secara dalam talian sebelum warga kerja SAS dan para pelajar mendapatkan suntikan vaksin influenza.

"Pada hari ini, sesi saringan dijalankan untuk memastikan semua peserta yang berdaftar sihat sepenuhnya sebelum menerima vaksinasi. Kelancaran proses ini amat dititikberatkan bagi memastikan masa yang diambil tidak mengganggu sesi pembelajaran di sekolah," katanya.

Beliau berkata, 11 kakitangan termasuk empat vaksinator dari Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital dan turut dibantu oleh wakil PIBG di SAS telah menjayakan program hari ini.

Azuan berkata, selain sekolah berasrama penuh, Avisena juga menyasarkan untuk membawa program seumpama itu ke syarikat-syarikat korporat secara berkelompok di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, AJK PIBG SAS, Dr Iskasymar Ismail berkata, program vaksinasi itu merupakan cetusan idea daripada ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak-anak mereka yang tinggal di asrama.

"Setelah mengadakan perbincangan, kami bersetuju untuk melaksanakan program vaksinasi ini dan ia mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa, penjaga dan pelajar itu sendiri.

Seorang pelajar, Rifqy Hishamudean Husin berkata, dia bersetuju untuk mendapatkan vaksin influenza sebagai satu daripada langkah untuk mengekang penularan virus tersebut dalam kalangan pelajar.

"Lepas cucuk saya rasa ok saja. Proses pun sangat lancar," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!