Kemusnahan satelit India bahayakan ISS
Ketua Pentadbiran Angkasan dan Aeronautik Negara (NASA), Jim Bridenstine berkata, tidak semua serpihan cukup besar untuk dikesan.
“Apa yang kami kesan sekarang adalah objek besar. Tetapi kita bercakap tentang serpihan berukuran 10 sentimeter atau lebih. Setakat ini, kira-kira 60 keping telah dikesan.
“Ini adalah peristiwa paling teruk berlaku di ISS. Aktiviti sebegini tidak sesuai dengan penerbangan angkasa lepas manusia akan datang.
“Ia tidak boleh diterima dan NASA perlu jelas tentang kesannya kepada kami,” jelasnya.
Susulan ujian India itu juga, risiko pelanggaran dengan ISS meningkat 44 peratus dalam tempoh 10 hari. - India Today
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!