Indonesia mula beri dos penggalak kedua vaksin Covid-19

Indonesia mula memberikan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan, pada Jumaat. - Gambar hiasan
Indonesia mula memberikan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan, pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Indonesia pada Jumaat mula memberikan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 kepada 1.9 juta petugas kesihatan.

Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, selaras dengan saranan Kumpulan Penasihat Teknikal Indonesia mengenai imunisasi, suntikan itu diberikan selepas enam bulan daripada tarikh suntikan dos pertama.

Langkah berkenaan membolehkan petugas kesihatan yang berisiko tinggi dijangkiti mendapatkan perlindungan yang optimum daripada virus itu memandangkan trend kes kembali meningkat.

Indonesia telah merekodkan 5,831 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu sebanyak 6,197,495.

Berdasarkan maklumat di akaun Twitter rasmi kementerian, Indonesia merekodkan 13 lagi kematian berbanding 17 pada Khamis.

Jakarta mencatatkan jumlah kes positif tertinggi iaitu 2,987 jangkitan. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!