AUG 2022: Kuartet 4x200 meter gaya bebas lelaki lakar rekod baharu

Kuartet 4x200 meter gaya bebas lelaki negara bergambar bersama pingat emas yang dimenangi mereka di temasya AUG 2022
Kuartet 4x200 meter gaya bebas lelaki negara bergambar bersama pingat emas yang dimenangi mereka di temasya AUG 2022
A
A
A

SKUAD renang negara memecahkan rekod temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) untuk memenangi pingat emas acara 4x200 meter (m) gaya bebas berganti-ganti lelaki di Kampus Bang Yang Noi, Universiti Ubon Ratchathani sebentar tadi.

Gandingan Welson Sim, Low Zhen Yong, Sebastian Soon dan Terrence Ng memperbaharui rekod kejohanan dengan catatan masa 7:32.34 saat menewaskan wakil Indonesia di tempat kedua dan Thailand ketiga.

Untuk rekod, kejayaan itu mengulangi pencapaian yang dilakukan pada edisi 2018 di Myanmar apabila wakil Malaysia meraih emas dalam acara berkenaan sekali gus membuktikan penguasaan negara cukup sukar digugat peserta lain.

Selain kuartet 4x200 m, kem renang turut menuai satu emas dan perak dalam acara 400m medley individu menerusi Sebastian yang menamatkan saingan dengan catatan masa 4:32.27 manakala Zheng Yong berada di tempat kedua (4:34.27 saat).

Turut menyinar di kolam renang pada Jumaat membabitkan acara 400 m individu wanita apabila perak dan gangsa menjadi milik skuad negara yang disumbangkan Goh Chia Tong serta Ong Yong Qi.

Lain-lain acara yang menyaksikan Malaysia turut membawa pulang pingat adalah acara 400 m kuak dada lelaki menerusi Ng Jing Fu (gangsa).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!