Cacar monyet: Brazil sahkan kematian pertama

Kementerian Kesihatan Brazil mengesahkan kematian pertama negara itu berkaitan cacar monyet. - Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan Brazil mengesahkan kematian pertama negara itu berkaitan cacar monyet. - Gambar hiasan
A
A
A

BRASILIA - Kementerian Kesihatan Brazil mengesahkan kematian pertama negara itu berkaitan cacar monyet.

Dalam satu sidang akhbar, Setiausaha Eksekutif Kementerian Kesihatan, Daniel Pereira berkata, mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai imuniti rendah dan komorbiditi.

Punca kematian yang diberikan adalah renjatan septik, diburukkan lagi dengan jangkitan cacar monyet.

Jelas Pereira, terdapat petunjuk bahawa sebab kematian berkaitan dengan virus itu dan pihaknya sedang menyiasat kelaziman komorbiditi ini dalam jangkitan berkenaan.

Brazil setakat ini mencatatkan 1,066 kes cacar monyet di 16 negeri, kebanyakannya di São Paulo. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!