Eropah catat kematian pertama akibat cacar monyet

Eropah mencatatkan korban pertama akibat penyakit cacar monyet selepas Sepanyol pada Jumaat mengesahkan satu kes kematian disebabkan wabak itu. - Gambar hiasan
Eropah mencatatkan korban pertama akibat penyakit cacar monyet selepas Sepanyol pada Jumaat mengesahkan satu kes kematian disebabkan wabak itu. - Gambar hiasan
A
A
A

ANKARA - Eropah mencatatkan korban pertama akibat penyakit cacar monyet selepas Sepanyol pada Jumaat mengesahkan satu kes kematian disebabkan wabak itu, lapor Agensi Anadolu.

Kes itu juga adalah kes kematian kedua yang dilaporkan di luar Afrika.

Menurut Kementerian Kesihatan Sepanyol 120 pesakit cacar monyet kini dimasukkan ke hospital, menyumbang 3.2 peratus daripada 3,750 pesakit.

Sepanyol setakat ini telah mengesan 4,298 kes yang disahkan daripada 17 komuniti berbeza.

Madrid mempunyai jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,656, diikuti Catalonia (1,406) dan Andalusia (498).

Terdahulu pada Jumaat, Brazil melaporkan kematian akibat cacar monyet iaitu kes pertama di luar Afrika.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!