Pendakwa raya mohon Shakira dipenjara lebih lapan tahun
ANKARA - Pendakwa raya Sepanyol pada Sabtu akan memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lebih lapan tahun terhadap artis sensasi Shakira atas kesalahan penipuan cukai, lapor Agensi Anadolu.
Permohonan itu dikemukakan selepas Shakira pada Rabu menolak perjanjian rayuan kerana yakin tidak bersalah.
Shakira dituduh menipu pejabat cukai Sepanyol untuk pendapatan bermilai €14.5 juta (AS$14.7 juta) yang diperoleh antara 2012 dan 2014.
Pendakwa raya juga akan memohon mahkamah mengenakan denda hampir €24 juta (AS$24.5 juta) daripada penyanyi yang popular dengan lagu "Waka Waka (This Time for Africa)”. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!