Lynas diminta urus sisa buangan, elak pencemaran

Andansura
Andansura
A
A
A

KUANTAN - Lynas Corporation Ltd (Lynas) yang memproses nadir bumi di Pusat Perindustrian Gebeng, perlu menguruskan sisa buangan dengan sebaiknya bagi mengelak pencemaran.

ADUN Beserah, Andansura Rabu berkata, pengurusan sisa buangan perlu dibincangkan oleh Lynas bersama kerajaan supaya ia dapat diuruskan dengan baik.

“Isu buangan sisa kena diberi perhatian terutamanya selepas kerajaan pusat membuat keputusan untuk tidak menutup operasi Lynas.

“Saya juga berpendapat ketetapan kerajaan (tidak tutup) berdasarkan bukti saintifik yang mengesahkan operasi Lynas adalah selamat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Sisa buangan Lynas: Kerajaan bekerjasama dengan Australia

Lynas terlalu besar untuk diabaikan: Redzuan

Menteri Pembangunan Usahawan tiada hak ulas hal Lynas

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof bdrkata, kerajaan tidak sepatutnya memaksa syarikat berkenaan mengambil tindakan untuk eksport pembuangan sisa radioaktif itu ke Australia, kecuali dinilai sebagai ‘sangat tidak selamat’.

Artikel Berkaitan:

Beliau berpendapat, kilang itu perlu terus dibenarkan menjalankan operasi di negara ini seperti yang telah diputuskan oleh Kabinet, dan hal yang berkaitan dengan pembuangan sisa radioaktif adalah isu berbeza.

Mengulas lanjut itu itu, Andansura berkata, beliau menerima keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan, namun faktor keselamatan dan alam sekitar perlu dititikberatkan.

“Kita terima (keputusan kerajaan) tapi kita mahu lihat tindakan kerajaan dan bagaimana Lynas menguruskan sisa buangannya.

“Ini yang warga Kuantan mahu lihat dan tahu sebenarnya,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!